Muhyiddin sahkan pemimpin GPS, GRS dan ahli Parlimen lain sokong jadi Perdana Menteri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau mempunyai sokongan penuh daripada pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan ahli Dewan Rakyat yang lain untuk menjadi Perdana Menteri ke-10.

Muhyiddin dalam kenyataan berkata, perkara itu disahkan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional petang tadi.

Jelas Muhyiddin, beliau telah melaporkan kepada Majlis Tertinggi (MT) PN tentang pertemuannya dengan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Pertemuan dengan Abang Johari pada pagi tadi adalah berhubung pembentukan kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Beliau telah memaklumkan kesediaan ahli-ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10,” katanya.

Baca lagi: PRU-15: Muhyiddin terima kunjungan Abang Johari, jamin kerajaan dibentuk masa terdekat

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan usaha penubuhan kerajaan.

Jelas beliau, Hajiji juga turut menyatakan kesediaan ahli-ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan untuk menjadikannya Perdana Menteri ke-10.

Tambah Muhyiddin, beliau juga berkeyakinan memperoleh bilangan sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain untuk membolehkannya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hanya selangkah sahaja lagi untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 selepas cemerlang menang dalam PRU-15.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This