(RASMI) PRU-15: Calon GPS, Anyi Ngau menang di Parlimen Baram

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Anyi Ngau menang kerusi Parlimen Baram Pilihan Raya Umum ke-15 yang ditangguhkan sebelum ini.

Kemenangan ini menjadikan GPS kini mempunyai 23 kerusi dalam PRU kali ini.

Anyi Ngau memperoleh undi sebanyak 18,399 dengan majoriti 7,339, menewaskan Roland Engan mewakili Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh undi 11,060 dan calon Bebas Wilfredentika yang mendap;at 324 undi.

Bernama melaporkan, sejumlah 12 pusat mengundi bagi Parlimen Baram, Sarawak dibuka untuk proses pengundian PRU-15 hari ini, selepas ia ditangguhkan sebelum ini akibat faktor cuaca.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan pagi tadi berkata waktu mengundi bermula dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari atau 2 petang, bergantung kepada pusat mengundi masing-masing.

BERITA BERKAITAN Muhyiddin sahkan pemimpin GPS, GRS dan ahli Parlimen lain sokong jadi Perdana Menteri

Pusat mengundi terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah, SK Long Luteng, Rh TK Matthew Belulok Lalo, Kpg Lepo Gah, SK Long Sait, SK Long Tungan, SK Long Moh, SK Long Mekabar, SK Long Jekitan, SK Long Lamei, SK Lio Mato dan SK Long Banga.

Rh TK John Jau Wan di Long Semiang turut dibuka sebagai pusat mengundi tambahan.

Pada hari pengundian Sabtu lepas, SPR mengumumkan proses pengundian di 11 daripada 194 pusat mengundi untuk kawasan Parlimen itu digantung ekoran keadaan cuaca yang tidak baik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This