Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal. GAMBAR: Abd Razak Aid

PARTI Warisan menyatakan sokongannya kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebagai gabungan yang memperoleh jumlah kerusi tertinggi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu memberi sokongan kepada PH dan BN kerana kedua-dua parti itu mempunyai bilangan kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Kata beliau, majoriti rakyat juga telah mengundi PH dan BN.

Justeru, Mohd Shafie memaklukan, PH dan BN harus diberi pilihan pertama untuk membentuk kerajaan.

“Sokongan ini juga atas alasan bahawa kerajaan Persekutuan baharu akan menyelesaikan sepenuhnya 21 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Parti ini berharap PH bersama-sama BN akan dapat memperoleh rakan kongsi yang membolehkan pembentukan kerajaan Persekutuan seterusnya yang membawa kestabilan politik dan perpaduan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Hampir jam 2 petang, tumpuan ke arah Istana Negara

Tumpuan kini terarah ke Istana Negara apabila tempoh masa yang diberikan Yang di-Pertuan Agong untuk setiap ketua-ketua parti dan parti-parti politik menghantar sokongan berakhir pada pukul 2 petang ini.

Pagi tadi, Gerakan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berhubung pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri Ke-10.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula memaklumkan Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan.

Justeru, Perdana Menteri sementara itu berkata BN bersetuju untuk kekal sebagai pembangkang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram