SEORANG lelaki yang membuat hantaran tidak puas hati terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditahan polis di Kajang, 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 10.52 malam kelmarin.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata, hasil penelitian mendapati suspek berusia 35 tahun tidak berpuas hati dan menghasut orang ramai untuk membuat demonstrasi bagi membantah kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pemilihan calon Perdana Menteri.

“Polis telah menerima perintah tahanan reman selama tiga hari sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataaan hari ini.

Baca artikel : Jangan bimbang, roadblock untuk jaga ketenteraman awam – Ketua Polis Negara

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan menghayati prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum.

Pihak polis juga ingin menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuba menggangu ketenteraman dan keselamatan negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram