Keluarkan kenyataan kontroversi, Zul Huzaimy akui terima ugutan

Dari Penulis

PELAKON Zul Huzaimy, 43, mendedahakan dirinya ada menerima ugutan selepas isu klip video kontroversi ucapannya yang menyentuh tentang sentimen perkauman yang tular baru-baru ini.

Zul atau nama sebenarnya, Zul Huzaimy Marzuki berkata, dia bagaimanapun tidak dapat mendedahkan jenis ugutan tersebut kerana kes terbabit masih dalam siasatan pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Huzaimy mohon maaf, tolak dakwaan terlalu ekstrim & rasis , Kenyataan kontroversi: Polis siasat pelakon Zul Huzaimy

“Memang saya ada terima ugutan, tapi saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa yang masih melakukan siasatan sehingga sekarang.

“Saya juga sudah memberi kerjasama kepada polis dan sekarang siasatan masih berjalan lagi,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Ujar Zul, kontroversi tersebut memberi pengajaran kepadanya untuk lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya ini manusia biasa yang tak lepas melakukan kesilapan. Adakalanya tersasar juga menggunakan perkataan tidak sesuai. Saya bukannya artis yang sukakan kontroversi. Sebelum ini pun, mana ada saya buat apa-apa (kontroversi).

“Semua orang pelik, kenapa Zul macam itu? Jadi, itulah manusia sebenarnya dan saya berharap semua penonton dan peminat saya memahami apa yang berlaku itu ialah lumrah sebagai manusia biasa, tak lepas daripada tersasar juga buat kesilapan. Saya berharap ini adalah pengajaran kepada saya,” ujarnya.

Terdahulu, dalam kenyataan sensitif Zul yang dirakam pada satu program di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu, polis membuka kertas siasatan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This