POLIS sudah menerima laporan polis berhubung video kenyataan kontroversi pelakon Zul Huzaimy yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dan ugutan ketika memberi ceramah di Terengganu.

Sehubungan laporan polis berkenaan, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menjalankan siasatan.

Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut tiga seksyen berdasarkan dakwaan yang dikesan dilakukan pelakon terbabit.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sebelum ini Zul dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menyatakan hasratnya untuk menyembelih ‘khafir harbi’ di Malaysia, menerusi penularan satu video berdurasi 2 minit 20 saat, semasa dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

BERITA BERKAITAN PRU-15: Zul Huzaimy tidak mewakili Pas, kata Sanusi

Menerusi video berkenaan Zul menyatakan sekiranya tiada undang-undang, sudah lama dirinya akan menyembelih orang kafir harbi di Malaysia.

Terbaru, Zul menyatakan permohonan maaf dan menjelaskan maksud sebenar isu berkenaan dalam satu video menerusi akaun Instagram.

Katanya, kafir harbi yang dimaksudkannya itu ialah musuh Islam yang nyata, yang benci Islam, suka perkauman serta tidak membenarkan azan berkumandang terlalu kuat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram