JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu hingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Di Terengganu melibatkan Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel lain: PM umum sebahagian Kabinet esok?

MetMalaysia turut menjangkakan berlaku hujan berterusan tahap waspada hingga 3 Dis ini membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Pahang melibatkan Daerah Jerantut, Kuantan dan Pekan, manakala Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Kemaman).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram