SEORANG lelaki ditemui mati di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan 7A/62A Bandar Manjalara, Kuala Lumpur, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 3.17 petang.
Beliau berkata, polis tiba di lokasi dan mendapati mangsa seorang lelaki berusia 56 tahun mati dalam keadaan terlentang di bahagian kerusi hadapan.
“Siasatan mendapati sebatang paip telah disambungkan daripada bahagian ekzos ke dalam MPV dengan keadaan enjin kereta dihidupkan.
“Pemeriksaan ke atas mayat mendapati tiada sebarang kesan kecederaan ditemui dan punca kematian disebabkan bunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Mayat wanita ditemui tersangkut di tingkat 20 kondo
Eng Lai berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi proses bedah siasat.
Jelasnya, isteri mangsa berusia 49 tahun telah dipanggil bagi membantu siasatan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Sentul di talian 03-40482206 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

