PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan sebahagian daripada senarai anggota Kabinetnya esok.
Perkara itu dilaporkan oleh Malaysiakini berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber rapat dengan Anwar.
Bagaimanapun, sekiranya pengumuman dibuat, tidak mungkin mereka yang dinamakan akan mengangkat sumpah pada hari yang sama.
Anwar dijadual berada di Perak sehingga petang esok, termasuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Akhbar The Strait Times yang memetik sumber berkata, Istana Negara juga tidak menambah majlis angkat sumpah dalam jadualnya untuk esok.
Sumber dalaman PKR memberitahu Malaysiakini bahawa setakat petang tadi, Anwar masih berusaha untuk memuktamadkan senarai menteri.
Baca artikel lain:
Salah satu sumber mendakwa, Perdana Menteri mungkin akan mengecilkan saiz Kabinet dan mengehadkan bilangan menteri sekitar 25 orang sahaja.
“Terdapat ramai orang yang meminta jawatan. (Anwar) perlu mempertimbangkan tuntutan daripada lebih 10 pihak.
“Sebaik-baiknya, senarai itu harus dimuktamadkan malam ini, kerana pengumuman Kabinet mungkin dibuat esok. Tetapi saya dengar dia mungkin hanya mengumumkan sebahagian senarai itu,” kata sumber dalaman.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

