Situasi mendesak untuk PM pegang jawatan Menteri Kewangan – Rafizi Ramli

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SITUASI luar biasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) telah membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turut memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pembentukan Kabinet Perpaduan Nasional ketika ini menyaksikan yang tidak ada mana-mana parti boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung.

Perkara itu jelas beliau, setiap parti komponen dalam gabungan Kabinet ketika ini mahu jawatan Menteri Kewangan berada di pihak mereka.

“Jadi contohnya ada orang dari Pakatan Harapan (PH) yang jadi Menteri Mewangan pun, itu akan ada masalah pada Barisan Nasional (BN), kalau daripada BN akan ada masalah pada PH, dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan lain-lain. 

“Oleh kerana ia adalah situasi luar biasa ketika ini, maka keputusan itu bagi saya sesuai buat masa sekarang, iaitu senang Perdana Menteri yang jadi Menteri Kewangan supaya tidak timbul isu tentang gabungan yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pertamanya sebagai Menteri Ekonomi di Menara Prisma, Putrajaya hari ini.

Baca lagi: Perdana Menteri pegang Menteri Kewangan tindakan terkebelakang – Radzi

Mengulas lanjut, Rafizi turut menjelaskan yang beliau secara idealnya merasakan jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri perlu dipisahkan.

Begitupun, jelas beliau, pendapat itu tidak semestinya diteruskan memandangkan keadaan ketika ini mendesak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lapan rumah di Kuala Perlis hangus terbakar

SEBANYAK lapan rumah di Kampung Seberang Alor, Perkampungan Diraja Kuala Perlis hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku awal pagi...

More Articles Like This