TINDAKAN Perdana Menteri yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan disifatkan langkah yang amat terkebelakang dalam sudut tadbir urus sebuah negara.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak bercakap tentang perkara yang terlalu kosmetik untuk menyedapkan telinga rakyat.
Sebaliknya, kata beliau, perkara prinsip dalam struktur pentadbiran yang telah elok dibentuk sebelum ini iaitu Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan telah diketepikan.
Malah, Radzi berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri dengan sedar tidak bersetuju pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan.
Beliau berkata, rakyat Malaysia yang memahami tentang tadbir urus negara pun tentunya tidak bersetuju.
“Pada 16 September 2015, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pernah menulis di Facebook bahawa beliau telah memfailkan satu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk menggubal satu akta yang menghalang seorang Perdana Menteri daripada melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan.
“Selain itu, di bawah Janji 12 manifesto PH bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), disebut bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain terutama Menteri Kewangan.
Baca artikel berkaitan: Lantik Zahid TPM, diri sendiri Menteri Kewangan: Anwar beri isyarat salah kepada rakyat – IDEAS
“Tentu kita ingat apa yang disebut oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam ceramahnya,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Mengulas lanjut, Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, perkara paling asas dalam sesebuah negara adalah untuk mempunyai satu sistem tadbir urus yang mantap dan kukuh.
Jelas beliau, sistem itu akan dapat melindungi dan memastikan wang kerajaan digunakan secara keseluruhannya dengan cekap.
Katanya, apabila Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, maka tiada lagi fungsi semak dan imbang.
“Perdana Menteri terakhir menjadi Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri selepas itu, Tun Dr Mahathir (Mohamad); Tan Sri Muhyiddin (Yassin) dan Datuk Seri Ismail Sabri (Yaakob) tidak memegang portfolio Menteri Kewangan.
“Bahkan ketiga-tiga Perdana Menteri ini tidak memegang sebarang portfolio menteri.
“Di mana ‘reformasi’ yang sentiasa dilaungkan? Adakah ‘reformasi’ hanya slogan bila jadi pembangkang?,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

