Dakwaan PN terima duit judi: Pas tuntut Anwar kemuka bukti

Dari Penulis

PAS menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti nyata terhadap dakwaan dibuat beliau yang membayangkan kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, jika gagal PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak yang memfitnah.

Ini kerana menurut beliau, tuduhan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut langsung tidak berasas sama sekali.

“Tuduhan tersebut (dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian) langsung tidak berasas dan Pas menuntut Perdana Menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.

“Sekiranya gagal Perikatan Nasional akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak- pihak yang memfitnah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, Pas amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu.

“Pas amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, yang membayangkan kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian,” katanya.

Semalam, Anwar semasa sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya mendakwa dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This