BANJIR yang sedang melanda memerlukan projek tebatan yang dibina segera. - Gambar Bernama

BEKAS Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan keputusan kementeriannya meluluskan projek tebatan banjir secara rundingan terus kerana ia merupakan projek kecemasan yang perlu disegerakan.

Dalam reaksinya berhubung keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membatalkan projek itu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, Perdana Menteri harus menyedari bahawa proses rundingan terus bertujuan mempercepatkan kerja semasa kecemasan.

“Sebagai Menteri Kewangan, saya yakin beliau mengetahui bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir yang perlu disegerakan, bukanlah satu kesalahan perolehan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Selain KASA, semua proses kawal selia prosedur kewangan mestilah diteliti secara ketat mengikut tatacara, prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Katanya, sebagai Perdana Menteri, Anwar tidak sepatutnya menganggap semua projek melalui tender rundingan terus sebagai tidak teratur dan wujud pihak yang mencari kesempatan.

“Beliau tahu banyak projek kecemasan perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan kerugian lebih banyak. Ia mestilah terpaksa dilakukan melalui kaedah runding terus atau tender terpilih khususnya yang melibatkan bencana seperti banjir, empangan pecah, tanah runtuh dan lain.

BERITA BERKAITAN Teliti semula projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion – Perdana Menteri

“Namun, sekali lagi saya tegaskan ia mesti mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan,” katanya.

Anwar hari ini mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender diteliti semula.

Dia yang juga Menteri Kewangan berkata kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram