(RASMI) BN pertahan DUN Tioman dengan majoriti 573 undi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

CALON dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman setelah meraih 8,080 undi.

Beliau menang dengan majoriti 573 mengalah pesaing terdekat calon dari Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim yang memperoleh 7,507 undi.

Mohd Johari merupakan penyandang kerusi tersebut sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Sementara itu, calon lain yang bertanding iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly dari Pakatan Harapan memperoleh 784 undi dan Sulaiman Bakar (Bebas) meraih 58 undi.

Manakala seorang lagi calon Osman A. Bakar yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sekadar memperoleh sebanyak 79 undi sahaja.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) DUN Tioman diadakan lewat susulan kematian calon PN, Allahyarham Md Yunus Ramli yang meninggal dunia 19 November lalu ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This