Lapan suspek curi motosikal Geng Patah, Geng Ajib tumpas

Dari Penulis

DUA geng curi motosikal tumpas selepas polis menahan lapan lelaki menerusi Op Lejang hasil serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang sejak 25 November lalu.

Berita Harian melaporkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 40 tahun dipercayai anggota kepada Geng Patah dan Geng Ajib.

Katanya, empat anggota Geng Patah yang dipercayai aktif sejak tahun lalu ditahan dalam serbuan di sekitar Gombak dan Sentul bermula 25 Februari lalu.

Dalam serbuan itu, polis merampas tiga motosikal membabitkan dua Honda EX5 dan sebuah Yamaha LC135 bersama satu rangka motosikal yang dilaporkan hilang sebelum ini, selain pelbagai komponen motosikal.

Mengenai satu lagi kumpulan, Mohamad Farouk berkata, pihaknya menahan empat anggota Geng Ajib berusia antara 24 hingga 34 tahun menerusi dua serbuan Op Lejang Gombak, selain di Rantau dan Linggi, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada peralatan yang digunakan penjenayah untuk melakukan samun serta curi motosikal selepas mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: ‘Henti sikap pembangkang, tunjuk PM sebenar’, kata Marzuki pada Anwar

Dalam pada itu, seorang penganggur yang terdesak mencari wang mudah untuk membeli dadah dan menyara hidup dengan menyamun kedai-kedai serbaneka, akhirnya ditangkap polis dalam serbuan di Pandan Jaya.

Mohamad Farouk berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada pukul 8.30 malam Khamis lalu, kira-kira 12 jam selepas dia menyamun sebuah kedai serbaneka di Pandan Perdana.

Katanya, siasatan mendapati suspek pernah terbabit dalam empat lagi kes samun menggunakan modus operandi sama di Ampang Jaya dan tiga kes serupa di daerah Cheras.

Katanya lagi, semakan mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah, namun ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ahmad Samsuri pula sah hadir ke Konvensyen RESET

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan kehadirannya ke Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This