BEKAS Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengesahkan namanya dicalonkan untuk mengisi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, namanya bukanlah satu-satu calon yang disenaraikan untuk mengisi jawatan tersebut.
“Saya mengesahkan nama saya dalam senarai, namun setakat ini parti tidak memanggil saya berhubung perkara itu.
“Ada beberapa nama lain dalam senarai tetapi saya tidak pasti siapa yang dicalonkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.
Terdahulu, beberapa portal memetik sumber melaporkan, pencalonan Johari yang juga bekas Ketua Whip PKR di Parlimen, selain beberapa nama lain.
Antara nama yang dicalonkan Perikatan Nasional (PN) adalah bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
Baca artikel lain: Bekas menteri, tokoh calon PN bagi Speaker dan timbalan
Sementara itu, Ahli Parlimen Lanang daripada DAP, Alice Lau dan Ahli Parlimen Cameron Highland, Ramli Md Nor daripada Barisan Nasional (BN), dilapor dicalonkan bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan, PN sudah menghantar dua nama untuk dicalonkan sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, seorang daripada calon adalah bekas menteri dan tokoh dikenali.
Difahamkan, seorang lagi calon adalah bekas Timbalan Speaker, Datuk Abdul Rashid Hasnon.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

