AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul memaklumkan telah mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, sepucuk surat telah diserahkan kepada Speaker DUN Kedah, Datuk Johari Bulat yang disahkan diterima pada 13 Disember lalu.
“Inti pati surat tersebut berbunyi saya Datuk Johari bin Abdul dengan ini memaklumkan kepada Yang Berhormat datuk Speaker bahawa saya mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri N22 Gurun, yang saya wakili berkuat kuasa secara serta-merta,” katanya menerusi satu rakaman video, hari ini.
Bagaimanapun, bekas Pengerusi PKR Kedah itu tidak menjelaskan sebab apakah tindakan tersebut diambil.
Johari menambah, beliau juga mahu berterima kasih kepada rakyat Gurun yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya selama ini.
Baca artikel lain: Johari Abdul sahkan dirinya calon Yang Dipertua Dewan Rakyat
“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat di Gurun dan pengundi-pengundi saya di sana.
“Tuan-tuan dan puan-puan telah pun memberikan kerjasama yang luar biasa dan kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas sebagai ADUN Gurun.
“Insya-Allah kita akan berjumpa lagi dan saya yakin hubung baik kita akan berkekalan dalam memakmurkan dan membangunkan negeri Kedah,” katanya lagi.
Johari sebelum ini mengesahkan namanya dicalonkan untuk mengisi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, namanya bukanlah satu-satu calon yang disenaraikan untuk mengisi jawatan tersebut.
Terdahulu, beberapa portal memetik sumber melaporkan, pencalonan Johari yang juga bekas Ketua Whip PKR di Parlimen, selain beberapa nama lain.
Antara nama yang dicalonkan Perikatan Nasional (PN) adalah bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lanang daripada DAP, Alice Lau dan Ahli Parlimen Cameron Highland, Ramli Md Nor daripada Barisan Nasional (BN), dilapor dicalonkan bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

