Kementerian Ekonomi susun perancangan enam bulan – Rafizi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Ekonomi memberi keutamaan menyusun perancangan bagi tempoh enam bulan.

Itu antara keutamaan pada minggu pertama sebaik sahaja Rafizi Ramli memasuki pejabat sebagai Menteri Ekonomi.

Perkara itu dimaklumkan dalam ciapan beliau di Twitter, hari ini.

Menurut Rafizi, pada minggu pertama ini juga, beliau meneliti keadaan semasa rantau ini dan peringkat global serta melihat semula unjuran ekonomi negara.

Selain itu, katanya, beliau juga mengenali dengan lebih dekat semua pegawai tertinggi Kementerian Ekonomi.

“Apa keutamaan minggu pertama, kenali dengan dekat semua pegawai tertinggi Kementerian Ekonomi, mereka pasukan saya dan nadi perbaiki ekonomi.

“Saya juga mendalami kedudukan ekonomi sekarang dan unjuran-unjuran serta menyusun perancangan kementerian untuk tempoh enam bulan.

Baca artikel berkaitan: Rafizi nasihat PN jadi pembangkang yang baik

“Kementerian Ekonomi juga menyusun program-program berimpak besar dengan cepat dalam tempoh minggu pertama ini,” katanya dalam ciapan tersebut.

Sementara itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan pandangan kepadanya.

Beliau memaklumkan mendengar dan mengambil kira semua pandangan.

“Terima kasih segala pandangan di Twitterjaya mengenai politik, ekonomi dan kepala botak saya.

“Ada yang boleh dilaksana segera, ada yang akan disusun segera (kecuali pasal rambut).

“Yang penting usaha dan ikhlas,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This