UMNO nafi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak dipertandingkan

Dari Penulis

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan, terdapat perbincangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Katanya, isu tersebut langsung tidak dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), malam tadi.

Oleh yang demikian, beliau mengecam penularan infografik kononnya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan ditandingi.

“Tak ada sebarang perbincangan pun mengenai tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti. Ia tidak dibincangkan malam tadi (pada Mesyuarat MKT UMNO).

“Itu (infografik tular) mamat tepi jalan yang buat. Janganlah percaya, semua kena tipu sahaja,” katanya
seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Khatan Perdana Masjid Kampung Jawa Ulu, hari ini.

Baca artikel lain: Keputusan MKT UMNO demi kebaikan parti dan Malaysia – Ahmad Zahid

Dalam infografik yang tular sejak kelmarin itu memaklumkan UMNO dijangka meminda Perlembagaan bagi menetapkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Ia turut memaparkan kononnya pindaan Perlembagaan itu akan dilakukan pada perhimpunan khas, selain jika pindaan berjaya, Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ini ditunda ke 11 hingga 14 Januari depan.

“Penangguhan PAU 2022 berikutan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun bersama keluarga. Maka, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju PAU ditangguh ke Januari depan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Budaya politik jadikan perbezaan wahana capai kuasa mesti ditolak – PM

BUDAYA politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana bagi mencapai puncak kuasa mesti ditolak oleh rakyat. Mesej itu disampaikan Perdana...

More Articles Like This