UMNO didakwa sudah tidak lagi berminat untuk mendengar suara atau pandangan dalam kalangan ahli sebaliknya kini lebih bersifat satu aliran suara sahaja.
Malah, parti keramat orang Melayu itu juga didakwa tidak lagi digalakkan untuk mengadakan pemilihan bagi mencari kepimpinan baharu.
Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang kecewa dengan situasi itu mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menafikan kesetiaannya kepada parti tersebut.
Beliau pada masa sama menyifatkan ‘kekeruhan’ hubungan di antara dirinya dengan Ahmad Zahid hanyalah perbezaan pendapat dan tidak lebih daripada itu.
“(Bukan lagi ahli UMNO) sekarang saya hilang hak dipilih dan memilih, tapi saya rasa tak mengapa dalam UMNO pun sekarang ini tak digalakkan pemilihan lagi dah.
“Jadi bila kita tak jadi ahli parti secara umumnya kita tiada peluang bersuara dalam konteks parti, bila saya renung yang ini tak apalah.
“Sebab dalam UMNO pun sudah tidak berminat lagi mendengar suara, yang kita nak dengar hanya satu aliran suara sahaja,” dakwanya dalam sidang media, hari ini.
Baca artikel lain: Annuar Musa antara tiga yang dilucutkan keahlian UMNO – Ahmad Maslan
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pemecatan mengejutnya sebagai ahli UMNO, baru-baru ini.
Annuar yang sudah menerima kenyataan bahawa dirinya dipecat mencari jawapan dan mempersoalkan atas sebab apa tindakan tersebut diambil.
Katanya, perkara itu tidak dimaklumkan di dalam surat pemecatan yang diterima sebelum ini.
Ujarnya, jika dilihat, masih ada pihak lain yang agresif menentang Presiden UMNO malah bertindak berani menandatangai surat akuan sumpah (SD) bagi menyokong seseorang namun mereka tidak dipecat.
Tegasnya, sekiranya dilihat daripada segi kecintaan dan kesetiaan kepada UMNO, beliau merupakan salah seorang penaja ketika parti tersebut diharamkan pada tahun 1986.
“Saya ini dalam setia, tak jadi calon pun setia sampai ke Padang Serai pergi berkempen, berhati-hati tidak tegur, kritik presiden tiba-tiba dipecat.
“Barangkali ada sesuatu yang baik, saya mula rasakan saya terungkai daripada politik kepartian dan berkelompok-kelompok,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

