Kerajaan dicadang permudahkan kelulusan permit senjata api untuk bersukan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

IPSC Handgun World Shoot 2022 di Pattaya, Thailand, baru-baru ini memperlihatkan bagaimana negara-negara peserta mampu melahirkan atlet menembak seawal usia 15 tahun.

Perkara tersebut wajar dicemburui dan menjadi ikutan Malaysia dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet menembak bertaraf dunia yang menerima pendedahan seawal usia remaja.

Oleh yang demikian, penembak negara, Zul-Majdi Saari, 41, mencadangkan kepada kerajaan sebagai pihak pembuat dasar memudahkan pengeluaran permit memiliki senjata api untuk tujuan bersukan.

Hal ini kerana jelasnya, pada ketika ini usaha untuk memiliki permit senjata api amat ketat jika dibandingkan dengan negara jiran lain seperti Filipina dan Indonesia.

“Permudahkan permit untuk memiliki senjata untuk sukan bukan bawa balik rumah. Bila permit untuk sukan ini mudah lulus barulah ramai boleh sertai sukan ini.

“Kalau kita buat ketat, sukar untuk dapat kelulusan lesen untuk memiliki senjata api sukan ini orang kata akan suram, tak boleh nak berkembang jauh.

“Kalau mudah lulus jadi akan ramailah shooter di Malaysia, (premit senjata api) untuk bersukan saja bukan bawa balik ke rumah,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Kurang pertandingan punca atlet negara gagal menyerlah di IPSC Handgun World Shoot 2022

IPSC Handgun World Shoot 2022 melabuhkan tirai pada 3 Disember lalu dengan disertai seramai 1,653 atlet dari 75 buah negara.

Malaysia menghantar 16 orang atlet pada kejohanan yang berlangsung di Nong Nooch Pattaya International Convention & Exhibition Center, Thailand itu.

Penembak Malaysia mengambil bahagian dalam empat kategori iaitu Production Division, Production Optic Division, Standard Division dan Open Division.

Zul-Majdi yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata, di kejohanan IPSC lalu beliau menduduk tempat ke-156 daripada 341 peserta dalam kategori Production Division.

Meskipun tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, beliau mempelajari banyak perkara semasa berada di kejohanan dunia level 5 pertama buat dirinya itu.

Malah, beliau bertekad untuk bekerja lebih kuat untuk menjadi penembak nombor satu negara dan juga Asia Tenggara sebelum sekali lagi mencuba nasib di kejohanan IPSC dunia di Afrika Selatan pada tahun 2025.

“Insya-Allah saya akan teruskan, saya ada target saya sendiri, sebenarnya saya berazam untuk pegang pertama sekali dalam Malaysia, kemudian saya nak pegang Asia Tenggara.

“Next world shoot saya nak cuba tengok yang terbaik, Insya-Allah jika umur saya panjang,” katanya yang memiliki pengalaman selama 12 tahun dalam sukan menembak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This