RMP Open Championship 2023 Level III cipta sejarah tersendiri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEJOHANAN Tembak RMP Open Championship 2023 Level III mencipta sejarah tersendiri apabila akan tercatat dalam Malaysia Book of Record (MBOR) sebagai kejohanan menembak yang mendapat penyertaan paling ramai peserta.

Menurut Komander Unit Tindakhas, SAC Mohd Suzrin Mohd Rodhi, kejohanan bagi kategori Level III itu setakat ini telah berjaya menarik 780 peserta.

Lebih menakjubkan, Mohd Suzrin yang juga Pengarah Kejohanan RMP berkata, kejohanan Level III yang pertama kali dianjurkan di Malaysia itu juga berjaya menarik penyertaan tujuh negara luar.

Katanya, lebih 50 peserta dari negara-negara luar menyertai kejohanan berkenaan seperti Thailand, Indonesia, UAE, Hong Kong, Singapura, Filipina dan Turkiye.

“Lebih 50 peserta wanita akan bersaing untuk merebut kejuaraan yang dipertandingkan. Daripada jumlah tersebut, 11 peserta wanita ini dari luar negara.

Komander Unit Tindakhas yang juga Pengarah Kejohanan RMP, SAC Mohd Suzrin Mohd Rodhi.

“Untuk RMP Open Championship kali ini, dibahagikan kepada empat jenis pertandingan, iaituPiala Komander Unit Tindakhas (UTK), Piala Pengarah Keselamatan Dalam Negeri ( KDNKA), Piala Ketua Polis Negara dan kategori Open.

“Bagi kategori Open pula terbahagi kepada empat division iaitu Production, Production Optic, Standart dan Open,” katanya.

Baca juga: Bergelar RO di IPSC Handgun World Shoot 2022 impian jadi kenyataan Johari Awang Fadzin

Beliau berkata demikian kepada UtusanTV selepas mengiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang melawat lokasi kejohanan di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (LSKMSS), Putrajaya hari ini.

Untuk rekod, Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 Level III akan berlangsung selama tujuh hari bermula 1 Mei hingga 7 Mei ini.

Sebahagian daripada peserta yang hadir pada Kejohanan Tembak RMP Open Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (LKMSS) Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Kejohanan tersebut turut mendapat sokongan daripada Konfiderasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Malaysia dan World IPSC bagi kelulusan penganjuran pertandingan mengikut format antarabangsa.

Mengulas lanjut, Mohd Suzrin berkata, menerusi penganjuran kejohanan tersebut, setiap peserta khususnya penguatkuasa undang-undang secara tidak langsung dapat menambahbaik pergerakan taktikal.

Selain itu, mengulas mengenai fasaliti di LSKMSS, beliau menyifatkan lapang sasar tersebut sebagai antara yang terlengkap dalam negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This