Sistem KWSP tergendala, pembayaran caruman dilanjut ke 30 Disember

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SISTEM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan sedang mengalami gangguan sehingga menyebabkan perkhidmatan tergendala buat sementara waktu.

Perkara tersebut dimaklumkan KWSP menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut KWSP, sistem yang tergendala itu dialami di semua salurannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP.

Sehubungan itu, KWSP memberitahu, pembayaran bulan caruman semasa yang sepatutnya pada tarikh hari ini dilanjutkan kepada 30 Disember depan.

Baca artikel berkaitan: RM145 bilion simpanan ahli KWSP dikeluarkan sejak pandemik

Pada masa sama, kumpulan itu juga sedang mengambil langkah segera menyelesai dan memulihkan perkhidmatan.

“KWSP sedang mengalami gangguan perkhidmatan sementara di semua salurannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP.

“KWSP memahami kebimbangan majikan untuk memenuhi tarikh akhir caruman, justeru pihak pengurusan telah bersetuju melanjutkan pembayaran bulan caruman semasa dari 15 Disember 2022 kepada 30 Disember 2022.

“KWSP sedang mengambil semua langkah untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan sepenuhnya dengan kesulitan minimum kepada majikan.

“Kesulitan amat dikesali dan KWSP akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya dalam hantaran itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This