Kemurungan fasa pandemik, Afgan masih teruskan terapi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Afgan mendedahkan masih bertemu dengan ahli terapi berhubung kesihatan mental yang dialami sejak pandemik COVID-19 menyerang dunia dua tahun lalu.

Afgan atau Afgansyah Reza,33 berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia tidak dapat melakukan aktiviti seni termasuk membuat persembahan di atas pentas.

“Ketika pandemik melanda, semua aktiviti terhenti. Saya tak boleh buat persembahan, rakam lagu dan waktu itu juga saya banyak bersendirian.

“Sejak itu, saya alami masalah kekangan untuk berkarya. Ia adalah tahun yang sangat sukar bagi saya. Justeru, disebabkan itu saya memerlukan sistem sokongan seperti kawan rapat. 

“Jika sebelum ini saya bekerja keras selama 13 tahun, namun apabila pademik melanda, saya tidak boleh melakukan banyak perkara. Jadi, saya alami ‘burn out’. Selain itu saya juga alami depresi,” katanya kepada URTV.

Sehubungan dengan itu, Afgan mula menyedari bahawa banyak hal yang perlu diperbaiki. Jadi, penyanyi lagu Terima Kasih Cinta itu memutuskan untuk bertemu dengan ahli psikiatari.

“Saya mula buat terapi dengan ahli psikiatri sejak pandemik dan rutin itu berlanjutan sehingga sekarang, setiap bulan untuk membuatkan saya untuk ‘keep moving’. 

“Dalam masa sama, saya bersetuju untuk bertemu pakar kerana ada antara rakan saya yang turut melalui hal sama. Jadi, mereka mencadangkan saya untuk mendapatkan bantuan yang serupa.

“Sekarang saya lebih ‘content’, ‘spiritual’ dan tenang. Sebenarnya, ada hikmah pandemik ini,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Afgan bakal menjayakan konsert Afgan Evolution di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pukul 8.30 malam esok.

Afgan bakal menyanyikan 24 buah lagu termasuk karya-karya daripada album mini terbaharu, +62.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This