PASUKAN penyelamat dan sukarelawan dari Pahang telah dikerahkan untuk turun ke kawasan tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam hantaran di Facebook.
Menurut Wan Rosdy, beliau telah mengarahkan supaya pasukan penyelamat dan sukarelawan negeri itu untuk ke segera ke kawasan tragedi.
Kata beliau, ia bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.
“Saya menerima perkhabaran berita yang mengejutkan mengenai tragedi tanah runtuh yang telah berlaku di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father’s Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor awal pagi tadi.
“Dalam kejadian itu, seramai 100 orang yang sedang berkhemah di kawasan tersebut dikhuatiri tertimbus.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Father’s Organic Farm: 60 ditemukan selamat setakat ini
“Susulan kejadian itu, saya telah mengarahkan pasukan penyelamat dan sukarelawan dari Pahang untuk segera ke kawasan tragedi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sementara itu, Wan Rosdy turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati untuk mengadakan sebarang aktiviti perkhemahan.
Beliau berkata, aktiviti perkhemahan sama ada di kawasan tanah tinggi atau pun berhampiran kawasan sungai perlu dilakukan dengan berhati-hati terutama pada musim tengkujuh bagi mengelakkan kejadian buruk daripada berlaku.
“Saya berdoa semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT daripada sebarang bentuk musibah dan malapetaka,” jelas beliau.
Setakat ini, lapan maut manakala 60 orang lagi ditemukan selamat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm.
Daripada jumlah itu, seorang daripadanya sudah dikenal pasti sebagai wanita dewasa manakala dua lagi adalah kanak-kanak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

