“SAYA doakan apa jua objektif penubuhan Muafakat Nasional (MN) yang memberi manfaat kepada ummah dipermudahkan Allah SWT.”
Itu kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam hantaran di Facebook.
Ia selepas kunjungan Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa ke pejabat Zulkifli, pagi tadi.
Menurut Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Annuar hadir untuk meminta pandangan dan buah fikiran bagi memperkukuh perjalanan MN.
Sebagai anggota Muslim Council of Elders yang dipengerusikan Prof Dr Ahmed Al-Tayeb, Zulkifli memaklumkan, beliau meraikan sebarang usaha memupuk perpaduan, keharmonian dan menzahirkan sifat wasatiyyah Islam oleh mana-mana pihak.
“Terima kasih atas kunjungan mahabbah Tan Sri Annuar Musa ke pejabat saya pagi ini. Beliau adalah orang lama politik Malaysia yang saya hormati.
Baca artikel berkaitan: MN tak sertai parti politik, bergerak sebagai NGO
“Semua sedia maklum akan penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MN yang diusahakan beliau baru-baru ini.
“Beliau hadir meminta pandangan dan buah fikiran bagi memperkukuh perjalanan MN.
“Semoga Malaysia sentiasa aman, makmuar dan mencapai misi baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur,” katanya dalam hantaran tersebut.
Semalam, Annuar dalam sidang media memaklumkan MN tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik buat masa sekarang dan akan kekal berfungsi sebagai NGO.
Katanya, NGO yang sudah menerima keahlian baharu lebih daripada 20,000 orang itu akan memainkan peranan menyatupadukan rakyat Malaysia melalui tiga prinsip.
Beliau menjelaskan, tiga prinsip itu merangkumi aspek kasih sayang, perpaduan dan saling menghormati.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

