Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa terakhir ditemukan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HARI kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali menyaksikan mayat mangsa terakhir berjaya ditemukan sebentar tadi.

Mayat mangsa ke-31 itu dipercayai seorang kanak-kanak lelaki dijumpai pasukan SAR kira-kira pukul 4.50 petang.

Mayat mangsa terakhir itu difahamkan ditemui di Sektor A atau Hillview kerana usaha pencarian hari ini diberi tumpuan di sektor berkenaan.

Difahamkan mayat tersebut telah dibawa keluar sekitar pukul 5 petang daripada kawasan kejadian dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Seorang anggota SAR pengsan akibat keletihan

Penemuan mayat itu menjadikan 31 mangsa disahkan meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.42 pagi, 16 Disember lalu.

Pencarian mangsa terakhir itu diteruskan hari ini dengan operasi SAR disambung kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Proses mencari melibatkan 80 keanggotaan terdiri daripada 50 pasukan SAR daripada pelbagai agensi; 10 ekor anjing unit pengesan (K9); serta sembilan buah jengkaut.

Tragedi menyayat hati itu menyaksikan 61 terselamat dan 31 nyawa terkorban daripada keseluruhan 92 mangsa dilaporkan terlibat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This