
SEBANYAK 21 individu disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali hari ini, sementara 12 lagi mangsa belum ditemukan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, tragedi di awal pagi hari ini itu melibatkan 94 orang mangsa yang mengadakan perkhemahan di kawasan tersebut dan pihak berkuasa masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat terhadap 12 mangsa yang dipercayai masih berada di bawah timbunan.
“Pihak berkuasa yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat akan menggunakan segala teknik moden dan jentera berat dalam operasi, di samping menggunakan anjing pengesan untuk mengesan kedudukan mangsa,” katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian sebentar tadi.
Katanya, semua agensi berkaitan telah digerakkan sepenuhnya ke tempat kejadian seperti polis, bomba dan agensi penguatkuasa berkaitan dalam operasi tersebut dengan diketuai oleh pihak polis.
“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana pusat dan bersama-sama ketua agensi penguarkuasa berkaitan akan memantau perkembangan kejadian tersebut dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini,” katanya.
BERITA BERKAITAN Tanah runtuh: Angka korban meningkat 21 orang, 12 masih hilang
Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan melawat tempat kejadian malam ini dan seterusnya membuat pengumuman mengenai bantuan-bantuan yang akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terkorban dan juga mangsa yang terselamat.
Sementara itu, beliau juga menasihatkan agar para pengusaha tapak perkhemahan di kawasan berbukit atau di tepi-tepi sungai agar mengosongkan kawasan mereka buat sementara waktu kerana diramalkan hujan lebat dijangka berlaku mulai esok dan boleh memberi kesan kepada kawasan-kawasan tersebut.
“Jika hujan lebat berlaku di hulu sungai dengan air terkumpul boleh menyebabkan berlakukan kejadian kepala air yang akan membahayakan sesiapa sahaja yang berada di sepanjang aliran sungai,” tambahnya..
Katanya, pengusaha, para guru, ibu bapa dan pelajar yang bercuti perlu belajar daripada yang berlaku kejadian hari ini untuk mengelak kejadian tidak diingini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram