
SERAMAI 16 mangsa disahkan terkorban setakat ini dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali yang berlaku awal pagi tadi.
Pengesahan jumlah terkini mangsa yang maut itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam hantaran di Facebook.
Menurut Amirudin, setakat pukul 1 tengah hari tadi, seramai 77 lagi mangsa berjaya dikesan dan diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
“Setakat jam 1 tengah hari ini, 77 mangsa berjaya dikesan dan diselamatkan oleh pasukan SAR.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Father’s Organic Farm: 51 dewasa, 30 kanak-kanak berdaftar di tapak perkhemahan
“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengesahkan bahawa 16 mangsa terkorban akibat tragedi tanah runtuh di Batang Kali,” katanya dalam hantaran itu.
Terdahulu, seramai 51 dewasa dan 30 kanak-kanak dilaporkan mendaftar untuk bermalam di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm yang dilanda tanah runtuh itu, kata individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Chang.
“Jumlah itu terdiri daripada mereka yang telah mendaftar di tapak perkhemahan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Bagaimanapun Chang berkata beliau tidak pasti sama ada terdapat kanak-kanak berusia bawah empat tahun di tapak perkhemahan kerana mereka tidak perlu mendaftar, dan hanya kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun perlu mendaftar.
Chang berkata mereka yang berkhemah kebanyakannya mempunyai pertalian keluarga dan tidak melibatkan kumpulan pelajar sekolah atau universiti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram