MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek mengesahkan aktiviti perkhemahan di Fathers Organic Farm, Batang Kali yang disertai beberapa guru dan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong bukan anjuran pihak sekolah.
Beliau berkata, aktiviti itu anjuran persendirian dalam kalangan guru dan pelajar, yang turut membabitkan keluarga serta rakan mereka.
“Bukan anjuran sekolah mereka, mereka buat program sendiri bersama kawan dan keluarga.
“Ada pelajar terlibat, setakat yang kita kenal pasti dari SJKC Mun Choong, selebihnya kita belum tahu dari mana,” katanya dalam sidang media di Hospital Sungai Buloh selepas melawat keluarga mangsa hari ini.
Beliau berkata pihaknya sedia menghulurkan bantuan kewangan dan khidmat psikososial kepada guru, murid serta waris yang terlibat dalam tragedi itu.
Fadhlina turut meminta waris mangsa yang terkorban diberi ruang supaya mereka dapat bersabar dalam menjalani proses pengecaman mayat.
“Saya merakamkan rasa berduka dan takziah kepada waris mangsa yang terlibat. Mudah-mudahan proses ini dapat dipercepat serta dipermudah untuk semua waris dan juga mangsa,” katanya.
Insiden sekitar 2.42 pagi itu, yang melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter, menyebabkan 21 orang maut setakat 7.10 malam.
Seramai 12 mangsa masih hilang manakala 61 orang terselamat.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong berkata, pihaknya mendapat maklumat tujuh guru bersama rakan dan keluarga mereka menyertai aktiviti perkhemahan itu.
BERITA BERKAITANTanah runtuh: Angka korban meningkat 21 orang, 12 masih hilang
“Saya diberitahu mereka akan mendaftar keluar hari ini. Semua tujuh guru itu adalah wanita.
“Setakat yang diberitahu, 23 individu dari sekolah ini, manakala bakinya pengusaha kantin, keluarga guru dan rakan mereka,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

