Perjanjian persefahaman mantapkan kestabilan politik, fokus ekonomi

Dari Penulis

PERJANJIAN Persefahaman kerjasama yang dimeterai lima gabungan parti politik semalam bagi membentuk Kerajaan Perpaduan adalah satu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara dalam tahap terbaik dan kukuh supaya fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di Facebooknya berkata fokus ekonomi perlu diberi perhatian kerajaan segera, lebih-lebih lagi dalam persediaan negara mendepani jangkaan suasana ekonomi lembap tahun hadapan.

Ini, katanya sepertimana ramalan Bank Dunia yang menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di beberapa negara seluruh dunia akan menyebabkan tahap permintaan berkurangan, seterusnya membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023.

“Maka fokus Kerajaan Perpaduan mendepani pelbagai cabaran dalam urusan ekonomi dan kewangan negara perlu mendapat keutamaan daripada berpolitik sepanjang masa.

“Tempoh lima tahun bukanlah tempoh lama untuk memulihkan ekonomi negara. Maka, ketenangan politik dalam tempoh masa ini adalah penting agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama bekerjasama dengan kerajaan untuk membina negara yang lebih baik dan kembali disegani di mata dunia,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Menjelang usul undi percaya, 5 gabungan meterai perjanjian di hadapan PM

Semalam, lima gabungan parti politik utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Mou itu dimeterai Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung GRS Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr, yang disaksikan semua pengerusi gabungan terlibat.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata langkah kerajaan memastikan tarif elektrik tidak meningkat seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu lepas adalah langkah permulaan kerajaan dalam usaha memastikan harga barangan dan perkhidmatan tempatan tidak terkesan.

Ia juga menurutnya menunjukkan komitmen kerajaan untuk lebih serius menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Banyak lagi usaha untuk membantu mengurangkan potensi kenaikan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan diumumkan.

Kesemua usaha ini perlu penelitian dan fokus terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This