Tanah runtuh Batang Kali: Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan, angka korban kini 24

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAYAT seorang lagi mangsa kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali ditemukan pada pukul 4.05 petang tadi.

Perkara tersebut disahkan Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerusi hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Menurut hantaran berkenaan, mayat yang ditemukan itu merupakan kanak-kanak perempuan dengan kerja-kerja membawa naik telah dijalankan.

Penemuan terbaharu itu membawa kepada peningkatan angka korban akibat insiden tanah runtuh itu kepada 24 orang.

“Sehingga pukul 4.38 petang, jumlah mangsa yang terlibat adalah seramai 94 orang.

“Seramai 61 orang telah diselamatkan; 24 orang meninggal dunia dan sembilan lagi masih belum dijumpai.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Dua mayat dipercayai ibu dan anak, dibawa ke Hospital Sungai Buloh

“Jumlah anggota keseluruhan yang terlibat dengan operasi tanah runtuh dianggarkan seramai 128 orang. Maklumat kejadian akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, UtusanTV melaporkan dua mayat iaitu mangsa ke-22 dan ke-23 yang ditemukan pasukan SAR tengah hari tadi dipercayai pasangan ibu dan anak.

Ia mengambil kira kedudukan kedua-dua mangsa yang berada berhampiran antara satu sama lain.

Mayat kedua-dua mangsa itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, kedua-dua mayat itu adalah seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an manakala kanak-kanak anggaran usia dua hingga tiga tahun.

Menurut Norazam, kedua-dua mayat berkenaan ditemui dalam keadaan sempurna berdekatan kolam air di lereng bahagian bawah tapak perkhemahan Hillview.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This