PAS Negeri Sembilan menjangkakan lebih ramai ahli UMNO di negeri itu akan menyertai parti tersebut pada masa hadapan.
Pesuruhjayanya Rafiei Mustapha berkata, ini terbukti apabila Pas menerima kemasukan lebih daripada 3,000 ahli baharu di seluruh negeri dalam masa dua bulan.
Selain itu, katanya lagi, beberapa kepimpinan UMNO peringkat cawangan di Kuala Pilah turut menyatakan hasrat untuk bersama Pas.
“Buat masa ini saya tidak mahu dedahkan siapa. Tapi itu menunjukkan ahli UMNO ada hasrat sertai Pas disebabkan situasi yang berlaku kepada UMNO sekarang,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.
Baca artikel lain: Tanah runtuh Batang Kali: Pengusaha, 2 pekerja tapak perkhemahan disiasat – Polis
Rafiei bagaimanapun menafikan Pas mahu mengambil kesempatan di atas permasalahan yang berlaku di dalam UMNO.
Sebaliknya parti itu sentiasa mengalu-alukan sesiapa saja yang berhasrat menyertai Pas.
Dalam perkembangan lain, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri(PRN), pihaknya bercadang mengadakan program jelajah di setiap daerah dalam usaha menarik lebih ramai kemasukan ahli baharu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

