Tanah runtuh Batang Kali: Bomba temui 4 petunjuk baharu, pertama kali guna GPR

Dari Penulis

JABATAN Bomba dan Penyelamat Selangor hari ini menemui empat petunjuk baharu yang berkemungkinan ada mayat tertimbus di lokasi tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di laluan Batang Kali-Genting Highlands.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata penggunaan radar penembusan tanah (GPR) itu, sangat membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam mengecilkan skop lokasi pencarian di semua sektor.

Beliau berkata ini adalah kali pertama alat mudah alih terbabit digunakan dalam operasi SAR bencana sedemikian di Malaysia, dan ia boleh menembusi tanah hingga sedalam lima meter (m) untuk tujuan pengesanan.

Mohd Khairi memaklumkan, alat berkenaan ditaja oleh syarikat Geoventure Solution melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada NADMA.

“GPR berjaya mengesan objek disyaki tubuh manusia di bawah tanah, dan setakat ini membantu kenal pasti 14 titik.

“Bagaimanapun, apabila penggalian dibuat pasukan tidak menemui sebarang badan mangsa. GPR tersebut mungkin telah kesan objek-objek lain di point tersebut. Namun, penggunaan GPR sangat membantu operasi SAR, dengan mengecilkan kawasan pencarian dalam sektor ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata tujuh kenderaan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di sini, pada Jumaat lepas telah direkod nombor plat pendaftaran bagi mengenal pasti pemiliknya.

BERITA BERKAITAN Tanah runtuh Batang Kali: 15 mayat sudah dituntut waris

Beliau berkata polis akan meneliti kesemua nombor plat berkenaan untuk melihat jika ia berkait dengan sembilan mangsa yang masih hilang.

“Saya akan semak dengan pemilik dan saudara mereka yang mempunyai kaitan dengan kereta-kereta yang terlibat,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata usaha mengesan mangsa yang dikhuatiri tertimbus pada hari ini menemui jalan buntu dan usaha mengesan mereka akan berterusan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This