DEWAN Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, Jumaat lepas.
Datuk Johari Abdul dalam ucapannya selepas mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu menzahirkan kesedihan dengan insiden yang mengorbankan nyawa itu.
“Saya berharap agar keluarga mangsa kekal tabah dan cekal dengan dugaan ini. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan (Dewan Rakyat) dan pihak Parlimen sesungguhnya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga,” katanya.
Baca artikel lain: Tanah runtuh Batang Kali: Polis rakam percakapan pengurusan SJKC Mun Choong
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat terutamanya pasukan keselamatan, agensi penyelamat dan pasukan perubatan.
Johari kemudiannya meminta semua Ahli Parlimen berdiri dengan yang beragama Islam menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah, manakala bukan beragama Islam bertafakur selama seminit.
Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat dalam insiden tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

