[VIDEO] Selepas isu teguran lirik lagu Casablanca salah penggunaan tatabahasa, Cikgu Zack Kirana bertemu pertama kali dengan Nuha Bahrin & Naufal Azrin. Masing-masing profesional

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DIPERTEMUKAN buat pertama kali dalam sebuah majlis, personaliti media sosial iaitu Cikgu Zack Kirana bersikap profesional dan terbuka ketika bertentang mata dengan penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Bahrin.

Sebelum ini Zack atau Saliza Ibrahim pernah memberi teguran mengenai kesalahan tatabahasa dalam lirik lagu Casablanca yang sepatutnya perkataan ‘denyut jantung’ perlu digantikan dengan ‘degup jantung’.

Menurut Zack, teguran itu bukanlah bersifat peribadi tetap ia lebih kepada untuk memberi ilmu penggunaan bahasa Melayu dengan lebih tepat.

“Sejujurnya saya sangat menyukai lagu Casablanca. Teguran saya lebih kepada lirik. Nuha dan Naufal hanyalah penyanyi.

“Saya juga faham tugas mereka untuk meraikan lirik lagu tersebut. Saya tak pernah ada rasa marah atau menyimpan dendam sebab saya ini tenang orangnya.

“Kami daripada dua bidang yang berbeza tetapi tujuan kami sama iaitu berkarya. Ya, ini adalah pertemuan pertama kali antara kami dalam majlis hiburan ini. Malah, saya sempat tegur mereka dan bertanya khabar,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman Top 5 Anugerah Gempak Most Wanted di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Untuk jantung kita gunakan degup bukan denyut…,” – Cikgu Zack tegur kesalahan lirik Casablanca, [VIDEO] Magis Cikgu Saliza Kirana

Zack akui menerinma pelbagai reaksi daripada peminat lagu Casablanca yang menuduhnya tidak memahami maksud tersirat lirik berkenaan sebelum menghentam karya terbabit.

“Kalau kita ambil semua yang negatif maka ia boleh beri kesan kepada semua kehidupan kita sampai tak boleh lena tidur. Jadi saya ambil yang positif sahaja.

“Apa salahnya saya nak bekerjasama dengan mereka kerana saya pun ada menulis puisi…untuk saya menyanyi, tidaklah,” ujarnya.

Menyambut baik pelawaan Zack untuk bekerjasama satu hari nanti, Nuha menganggap teguran yang diberikan itu sebagai satu cara untuk dia memantapkan kualiti dalam lagu.

“Kami tidak langsung ambil teguran itu sebagai satu perkara negatif. Malah, kami boleh belajar sesuatu yang baharu.

“Mungkin selepas ini Cikgu Zack boleh dijadikan tempat rujukan untuk lagu-lagu baharu kami,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This