Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 kekal diteruskan – Perdana Menteri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BANTUAN tunai rakyat yang dilaksanakan selama ini oleh kerajaan terdahulu akan tetap diteruskan dalam era pentabdiran Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Berkata, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan disalurkan awal tahun hadapa iaitu pada Januari 2023.

Jelas beliau, Bayaran Fasa 1 itu akan memanfaatkan hampr 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion.

Perdana Menteri berkata, daripada peruntukan tersebut, setiap isi rumah akan menerima RM300 manakala penerima bujang pula akan menerima RM100.

“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Baca lagi: Bantuan RM10,000 untuk keluarga mangsa meninggal dunia, RM1,000 untuk yang selamat – PM

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan terus memastikan kebajikan para pekebun kecil getah sewaktu musim tengkujuh.

Jelas beliau, kerajaan telahpun menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi bulan November dan Disember dengan bantuan keseluruhan RM600 kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah. 

Kata Anwar, kerajaan bercadang untuk menyalurkan Bantuan Tambahan sebanyak RM200 kepada pekebun kecil getah bagi bulan Januari hadapan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akmal cabar PM buang semua MP UMNO jika BN tiada peranan

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO daripada...

More Articles Like This