Bantuan RM10,000 untuk keluarga mangsa meninggal dunia, RM1,000 untuk yang selamat – PM

Dari Penulis

KERAJAAN mengumumkan pemberian sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi runtuhan tanah di kem perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sementara itu bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 juga akan diberikan kepada ketua isi rumah mangsa yang tidak terbabit dengan kematian.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jabatan Perdana Menteri akan menyalurkan peruntukan itu kepada setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

“SUK Selangor akan menyalurkan bantuan itu terus kepada mangsa,” katanya ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat di tempat kejadian malam ini.

Sehingga jam 7 malam tadi, jumlah mangsa yang maut akibat bencana berkenaan ialah 21 orang, manakala 12 lagi masih hilang.

Seramai 94 mangsa terlibat dalam kejadian runtuhan cerun yang terdiri daripada 80 pengunjung dan 14 pekerja tapak perkhemahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar taklimat dari Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika melawat ke kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, hari ini. GAMBAR IHSAN: Pejabat Perdana Menteri

BERITA BERKAITAN Tanah runtuh: Angka korban meningkat 21 orang, 12 masih hilang

Anwar juga berkata pemimpin negara luar turut menzahirkan rasa simpati termasuk Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

“Saya juga ingin mengulangi rasa sedih dan dukacita terhadap keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini,” katanya.

Perdana Menteri turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas semangat serta pengorbanan semua petugas yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat walaupun dalam keadaan berisiko tinggi.

“Dalam menyempurnakan tugas ini, risiko keselamatan mereka juga turut ada terutama dengan cuaca tidak menentu dan hujan,” katanya memetik laporan Bernama. 

Ditanya sama ada kerajaan bercadang menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat sekiranya terdapat kesilapan manusia yang menyebabkan insiden itu, Anwar berkata beliau akan menunggu laporan awal terlebih dahulu.

“Saya tidak mahu mendahului laporan mereka, biar kita tunggu sekejap, perhatikan laporan dan ambil tindakan sebaik kita dapat teliti semua laporan,” katanya.

Sementara itu, misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tertimbus tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran Father’s Organic Farm di Goh Tong Jaya, di Hulu Selangor akan diteruskan selama 24 jam dengan tumpuan diberikan kepada sektor B dan C.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, misi itu bagaimanapun akan dihentikan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Seramai 230 pegawai dan anggota JBPM dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan meneruskan pencarian sehingga malam ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This