KERAJAAN Perpaduan bersetuju untuk memberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 kepada penjawat awam sebanyak RM100.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian kenaikan gaji itu akan melibatkan semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.
Jelas beliau, kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara Kerajaan sebanyak RM350.
“Kerajaan Perpaduan ini amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Baca lagi: PM Anwar dijangka bentang Bajet Mini 2023 hari ini
Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.
Menurut beliau, langkah itu amat penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.
Selain itu, katanya, kerajaan juga akan menyediakan tawaran 50,000 peluang kerjaya secara kontrak termasuk 35,000 oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui program MySTEP untuk 2023.
Jelas beliau, strategi itu didorong pelaksanaan program yang mengiktiraf gaji antara RM1,500 hingga RM2,100.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

