PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM100 juta kepada negeri Kelantan dan Terengganu yang kini teruk dilanda banjir.
Beliau berkata, bantuan itu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ribuan mangsa di dua negeri terbabit.
Katanya, seperti diketahui mangsa banjir kebanyakkannya dalam kalangan miskin dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu mereka sebaik mungkin.
“Memandangkan keadaan banjir ini lebih parah daripada biasa, saya bersetuju berbincang di kementerian dan Jemaah Menteri untuk meluluskan segera RM50 juta untuk Kelantan dan RM50 juta untuk Terengganu.
“Ini untuk keperluan segera terutama kebajikan rakyat, peruntukan awal RM1,000 kepada semua ketua keluarga terlibat, sekiranya ada kemalangan RM10,000.
“Ini kita buat secara konsisten seperti mana juga yang berlaku kita luluskan untuk Batang Kali,” katanya dalam sidang media hari ini.
Baca artikel lain: Tiada tangguh lagi cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu mulai 1 Januari
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tengku Panglima Raja, Kelantan.
Anwar turut mengarahkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek supaya memastikan keadaan sekolah yang digunakan sebagai PPS sentiasa baik dan sekiranya ada keperluan diperbaiki laksanakan segera.
“Fadhlina sebagai Menteri Pendidikan diminta untuk semua sekolah digunakan dan sekiranya diperlukan untuk dibaik pulih.
“Saya masih ingat semasa menjadi Ahli Parlimen Port Dickson, orang tanya pasal sekolah, saya beri keutamaan baiki tandas,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

