Ramai tersenyum & teruja tonton Siti Nurhaliza lapor kaji cuaca RTM, kalau boleh nak setiap hari

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KEMUNCULAN Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyampaikan laporan cuaca di saluran Berita RTM mendapat pujian ramai penonton.

Menerusi hantaran di Instagram, Siti menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Jabatan Meteorologi Malaysia (MET MAlaysia) atas peluang yang diberikan kepadanya.

“Alhamdulillah, terima kasih MET Malaysia kerana menjemput saya berkolaborasi dengan menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada hari 21 Disember 2022 (Rabu), hari ini.

“Kolaborasi itu diharap dapat menggalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora,” tulisnya.

Laporan kaji cuaca yang disampaikan Siti itu disiarkan di Berita Wilayah pukul 5 petang dan Berita Perdana, pukul 8 malam tadi.

Selain itu, saluran Youtube Berita RTM dan di Youtube MET Malaysia yang sudah ditonton hampir 5,000 orang dalam masa dua jam.

“Nada Datuk Seri Siti Nurhaliza macam suara pembaca berita dulu-dulu.

“Okay Datuk Seri, kalau boleh hari-hari nak Datuk Seri baca berita.

“Alhamdulillah, lancar tutur kata TokTi walaupun bidang bidangnya. Tahniah…kali pertama saya dengar berita cuaca sambil tersenyum-senyum,” komen beberapa pengguna laman Youtube.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kertas siasatan kes libat Azam Baki dirujuk ke AGC Khamis lalu

KERTAS siasatan berhubung dua kes didakwa melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki...

More Articles Like This