Tiada parti boleh ancam Melayu dan Islam – ADUN DAP

Dari Penulis

SEORANG pemimpin DAP mendakwa tiada mana-mana parti politik mampu mengancam kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Dr Abdul Aziz Bari (DAP-Tebing Tinggi) berkata, Perlembagaan Persekutuan menetapkan kedudukan raja-raja, bahasa Melayu dan Islam tidak boleh disentuh atau dipinda sebagaimana yang termaktub di bawah Perkara 63(5) dan 72(5) serta 159 (5).

Malah, Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Perkara 12(2) menyatakan Menteri Besar mesti orang Melayu dan Islam selain Perkara 26C menetapkan syarat sama untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, katanya.

“Ini semua adalah peruntukan undang-undang yang menunjukkan betapa kebalnya kedudukan orang Melayu dan Islam. Hatta di Parlimen pun tidak boleh menyentuh atau membawa usul memansuhkan institusi beraja.

“Jadi tidak timbul soal atau tuduhan bahawa Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada ‘Republican’ atau orang yang cenderung untuk memansuhkan sistem beraja kerana ia tidak boleh dilakukan.

“Anehnya golongan Melayu yang merupakan golongan majoriti dan penduduk asal ini yang berasa takut dan bimbang diancam,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 dibatalkan – PM

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian pada sesi perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

Abdul Aziz turut menegaskan, dakwaan ada parti tertentu yang menjadi kerajaan akan memberikan hak milik kekal tanah kepada penduduk kampung baharu adalah tidak benar.

Menurutnya, perkara sedemikian bukanlah asas atau perkara pokok dalam Perlembagaan tetapi terikat kepada undang-undang sedia ada.

“Kata nak bagi tanah pada Cina adalah satu fitnah, mengarut, tidak timbul soal itu. Kalau soal tanah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri seperti mana dalam Kanun Tanah Negara,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This