[VIDEO] Oktovia Manrose dapat anak perempuan – “Sangat tidak sangka selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya,”

Dari Penulis

PELAKON Oktovia Manrose berkongsi khabar gembira apabila dia telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 6 Disember lalu, pukul 8.40 malam.

Oktovia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wah Syahman,31, menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT mengurniakan cahaya mata kedua selepas 11 tahun kelahiran anak pertama.

“Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya.

“Alhamdulillah, kami dah ada sepasang (anak lelaki dan anak perempuan),” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Oktovia turut menitipkan kata-kata hikmah selain berazam untuk memberikan didikan agama sebaiknya untuk anak-anaknya.

“Tidak ada keuntungan dunia apa lagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia.

“Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.

“Didik ikut syarat Allah, ikut jalan Rasulullah bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah, penentu syurga dan neraka,” ujarnya.

Sementara itu, Oktovia sempat mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Mohamad Khairul Efsan Md Isa kerana sentiasa menjadi kekuatan buat dirinya.

“Kepada suami tersayang, terima kasih kerana jadi pasangan saya dan ayah kepada anak perempuan kita.

“Setiap hari kamu cukup istimewa untuk saya. Kamu kekuatan saya. Saya sayang kamu sepenuh hati saya,” katanya.

Untuk rekod, Oktovia berkahwin dengan Khairul Efsan yang merupakan pemain bola sepak pada 21 Disember 2021.

Sebelum ini Oktovia pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izat Abd Rahman pada 2011 sebelum bercerai pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 11 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This