PENGARAH Syamsul Yusof bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana didakwa telah mendedahkan maklumat peribadinya.
Menurut Syamsul,38, dia sudah berbincang dengan peguamnya dan dia akan memfailkan tuntutan saman berjumlah RM10 juta terhadap agensi terbabit kerana menyebarkan kenyataan berunsur fitnah.
“Saya dah bincang dengan peguam saya. Kami akan saman Jawi sebanyak RM10 juta kerana kenyataan fitnah terhadap saya.
“Jawi telah memberikan maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya sedangkan ia tidak benar.
“Saya saman Jawi kerana telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah, palsu pada keluarga saya bahawa saya telah berkahwin lagi. Ya, ianya fitnah,”katanya.
Dalam pada itu, Syamsul akan membuat tindakan susulan berkenaan isu terbabit dam hanya akan memaklumkan perkara tersebut kelak.
“Perkara tersebut adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya perlu ambil tindakan.
“Setakat ini, itu sahaja. Selanjutnya saya akan maklumkan kemudian,” ujarnya.
Difahamkan dokumen tersebut adalah berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya Puteri Sarah Liyana yang turut membabitka orang ketiga iaitu Ira Kazar.
Sementara itu, Puteri Sarah menerusi Instagram Story meminta suaminya itu mendedahkan perkara sebenar sebelum isu terbabit berpanjangan sekaligus memberikan kesan negatif terhadap keluarganya.
“Jadi betullah gosip tu? Okay mengaku sajalah. Sudah tiba masanya untuk awak mengaku dan dedahkan semuanya.
“Tiba nak saman. Untuk apa? Benda baik tu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga awak sendiri,” tulisnya.
Untuk rekod Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah 3 tahun.

