JUMLAH keseluruhan mangsa banjir di tujuh buah negeri mencatatkan penurunan hari ini berbanding semalam.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan, setakat pukul 6 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Sarawak, Selangor, Johor, Perak dan Pahang adalah seramai 50,861 orang membabitkan 14,635 keluarga.
Jumlah itu menurun sebanyak 15,336 berbanding 66,197 orang mangsa banjir yang dicatatkan oleh Nadma, semalam.
Terengganu terus merekodkan jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu 25,895 orang diikuti Kelantan (24,690), Sarawak (104), Selangor (57), Johor dan Perak (46) serta Pahang (23).
Baca artikel lain: Tanah runtuh Batang Kali: Usaha cari mangsa terakhir diteruskan pagi ini
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM50 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir teruk.
Anwar berkata, bantuan itu bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di dua negeri berkenaan.
Terdahulu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meluluskan, Perolehan Darurat RM500,000 bagi membiayai keperluan segera serta bantuan kepada mangsa terjejas banjir di negeri berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

