LIMA kenderaan termasuk dua buah treler terlibat dalam kemalangan di kilometer 42.9 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.
Kemalangan lima kenderaan itu menyebabkan kesesakan sepanjang 21.2 kilometer dari Kilometer 21.2 kilometer dari Kilometer (KM) 21.7 hingga ke lokasi kemalangan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan itu membabitkan dua treler dan tiga kenderaan lain iaitu sebuah Toyota Vios, Honda Civic dan Naza Citra.
Kata beliau, siasatan polis mendapati sebuah treler yang membawa muatan besi mengalami masalah brek hingga menyebabkan treler tersebut hilang kawalan.
Zaiham memaklumkan, treler itu kemudiannya terlanggar bahagian belakang satu lagi treler kontena yang berada di hadapan menyebabkan treler kontena itu turut hilang kawalan.
“Lori kontena itu terbabas ke kiri jalan menghimpit Toyota Vios manakala lori membawa muatan besi pula menghimpit Honda Civic dan Naza Citra.
“Selepas itu, treler membawa muatan besi telah terbabas ke kiri jalan menyebabkan muatan besi terjatuh dan bertaburan di kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Tiga maut, tiga cedera dalam kemalangan babitkan kereta, SUV di Sitiawan
Mengulas lanjut, Zaiham memaklumkan, pemandu lori kontena itu mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau turut memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian berkenaan tampil membantu siasatan.
“Polis juga menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik dan selamat.
“Lokasi berkenaan juga merupakan lokasi yang sering berlakunya kemalangan,” katanya.
Sementara itu, pihak konsesi lebuh raya, ANIH Berhad memaklumkan kemalangan dilaporkan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan trafik sesak sepanjang 21.2 kilometer dari KM 21.7 hingga ke lokasi kemalangan.
Katanya, laluan di KM 42.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong itu terhalang sementara susulan kemalangan membabitkan lima kenderaan.
“Trafik turut sesak kira-kira 10.4 kilometer dari KM 53.4 sehingga lokasi kemalangan. Turut sesak dari KM 21.3 hingga Plaza Tol Gombak berikutan pertambahan kenderaan,” katanya.
Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan terkini, laluan kiri dan kanan jalan itu sudah mula dibuka kepada pengguna dengan kerja-kerja pembersihan siap sebelum 6 petang tadi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

