
LANGKAH Chile yang bersetuju meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) bakal membuka peluang besar kepada perniagaan Malaysia.
Harapan itu disuarakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam ciapan di Twitter, hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, tindakan Chile untuk meratifikasi CPTPP itu membuka peluang kepada perniagaan Malaysia memanfaatkan kadar duti keutamaan untuk ke negara berkenaan.
Perjanjian tersebut akan mula berkuat kuasa untuk Chile iaitu sebuah negara di bahagian barat Amerika Selatan pada 21 Februari 2023.
“Chile telah meratifikasi CPTPP. Perjanjian itu akan berkuat kuasa untuk Chile pada 21 Februari 2023.
“Satu peluang besar bagi perniagaan Malaysia memanfaatkan kadar duti keutamaan bagi barangan yang dieksport ke dan diimport dari Chile,” katanya dalam ciapan tersebut.
Baca artikel berkaitan: Kurangkan kerenah birokrasi, permudahkan perniagaan – PM
CPTPP ialah pakatan perdagangan antara Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
Perjanjian perdagangan itu berkuat kuasa untuk Malaysia pada 29 Nov 2022, dan skop komprehensifnya termasuk kawasan akses pasaran tradisional serta faktor seperti tenaga kerja, alam sekitar, perusahaan milik kerajaan, pemerolehan kerajaan, harta intelek, perdagangan elektronik dan perusahaan kecil dan sederhana.
Dalam ciapan berasingan, Tengku Zafrul berkata, Malaysia juga bakal memperoleh manfaat daripada lapan negara anggota perjanjian itu yang lain.
“Dengan CPTPP berkuat kuasa sejak 29 November lalu, Malaysia akan mendapat manfaat daripada kadar duti keutamaan bagi barangan yang dieksport ke dan diimport dari lapan negara anggota CPTPP.
“Negara itu adalah Australia; Kanada; Jepun; Mexico; New Zealand; Peru; Singapura dan Vietnam,” katanya dalam ciapan tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram