KEPERCAYAAN rakyat terhadap janji dan pendirian parti politik dilihat terjejas susulan daripada kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat kerjasama tersebut meremehkan janji yang dibuat kepada rakyat sepanjang kempen pilihan raya.
Katanya, ia juga tidak menghormati undi rakyat memilih mereka selepas percaya dengan janji dan pendirian parti-parti terbabit yang sebelumnya menolak di antara satu sama lain.
“Saya dapati sekarang ini dalam pilihan raya, janji dibuat. Selepas menang pilihan raya, janji diketepikan dan tindakan yang bertentangan dengan janji dilaksanakan.
“Bermakna kerajaan ini tidak hormati janji yang mereka buat dengan rakyat. Rakyat tentu kecewa kerana mereka menyokong atas sikap dan dasar parti atau calon, tetapi apabila menang mereka ketepikan dasar dan janji mereka.
“Ini memberi gambaran seolah-olah pilihan raya tidak berkesan dalam menentukan pihak yang akan jadi kerajaan berdasarkan janji yang baik. Mereka mungkin lakukan benda yang di luar atau bertentangan janji mereka,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Kerajaan serah sumbangan RM80,000 kepada 2 keluarga mangsa tanah runtuh
Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas tiada mana-mana parti berjaya mendapat majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Perkara ini menyebabkan Parlimen tergantung selama lima hari sebelum Istana Negara mengumumkan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut menyifatkan kerjasama PH dan UMNO sebagai perkara pelik serta mengetepikan pendirian masing-masing.
“Itu peliklah kerana kita tahu, UMNO dalam mesyuarat agungnya memutuskan tidak sama sekali bersama dengan Anwar atau DAP. Pakatan yang diadakan ini menidakkan dakwaan pendirian mereka. Pendirian mereka ialah tidak akan terima kerjasama dengan Anwar dan DAP.
“Sekarang ini bukan saja mereka kerjasama, bahkan menyokong musuh mereka sebagai Perdana Menteri dan (UMNO) bekerjasama dengan DAP,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

