PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang akan menyertai World Universities Debating Championship (WUDC) bermula Selasa ini di Madrid, Sepanyol.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka bagi membantu pergerakan dan aktiviti sepanjang berada di Madrid, yang diserahkan Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi sebelum mereka berlepas semalam.
“Saya turut difahamkan anak-anak mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Baca artikel lain: Ubah pucuk pimpinan UMNO tak kembalikan kepercayaan rakyat
“Saya mendoakan agar anak-anak ini berjaya harumkan nama negara di bumi Sepanyol, Insya-Allah,” katanya.
WUDC yang bermula pada 27 Disember ini sehingga 4 Januari depan akan berlangsung di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

