Kadar gaji minimum RM1,500 ditangguhkan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PELAKSANAAN kuat kuasa Gaji Minimum RM1,500 bagi kategori majikan yang menggajikan kurang dari lima pekerja akan ditangguhkan kepada 1 Julai hadapan.

Menteri Sumber Manusia, S.Sivakumar berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan.

Katanya, ia selaras dengan jangkaan cabaran ekonomi serta kewangan pada tahun hadapan.

“Penangguhan tambahan selama enam bulan ini juga diharap dapat memberikan peluang untuk menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan yang sedikit sebanyak akan membantu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat-syarikat yang menggajikan kurang dari lima orang pekerja,” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi: Gaji minimum bukan ukuran kakitangan awam tidak terjebak rasuah

Mengulas lanjut, Sivakumar berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga menegaskan majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih dan tanpa mengira jumlah pekerja masih perlu meneruskan pembayaran gaji minimum sebanyak RM1,500 bermula pada 1 Mei 2022.

Jelas beliau, ia termasuk majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).

Untuk rekod, Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 telah berkuatkuasa pada 1 Mei 2022 dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Manakala, bagi semua majikan yang menggajikan kurang dari lima orang pekerja telah diberi pengecualian sehingga 1 Januari ini, sebelum ditangguh kepada 1 Julai hadapan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This